Monday, April 13, 2009

pokokku sudah besar dan berbuah..

assalamualaikum...
lama dah aku tak update blog aku ni..
sekarang pokok-pokok yang aku tanam dah membuahkan hasil... syukur alhamdulillah...
merasa la juga hasil tanaman sendiri yang segar... ye la.. nak tinggal petik je.. hehehe...

mula2 tu sebelum nak tengok pokok2 aku berbuah.. semua putik2 yang ada gugur... aku pun tak tahu kenapa... setelah aku bertanya kepada beberapa orang yang arif tentang masalah itu... alhamdulillah... pokok aku mula bebuah.. aku menyemburkan sejenis baja organik.. baja organik tersebut berfungsi untuk melebatkan buah dan menghasilkan banyak bunga...

sekarang ni.. pokok cili aku tinggal tunggu buah merah je la... pokok terung dan kacang panjang aku dah masak dah.. hehehe...

aku sertakan sekali gambar2 pokok2 sayur di rumah aku..
setelah lama tak masukkan gambar... hehehe... seronok tengok..

ni masa mula2 pokok terung aku mula berbunga

ni pula masa pokok aku kecik lagi.. sekarang dah tinggi dah..

ni pun masa pokok terung masa kecik lagi..

haa.... yang bawah ni.. gambar terbaru... sempat ambil gambar buah je.. gambar pokok tak tangkap.. lupa... seronok tengok buah cili dan terung tu lebat.. hehehe...

Saturday, February 21, 2009

pokok ciliku setelah 28 hari

assalamualaikum...

selamat hari minggu.. hehehe...
sehingga ke hari ini pokok ciliku telah membesar dengan agak baik, walaupun ada yang telah di serang penyakit. saya sudah tak sabar nak tunggu pokok tu berbuah.. lagi pula saya baru menambah lagi 21 pokok cili yang di semai sendiri oleh kawan saya.

Ini adalah sebahagian pokok ciliku yang semakin membesar

Ini gambar pokok cili api yang ayah aku beli di sabak agro. mula-mula pokok ini maam takde harapan nak membesar, yela aku tengok baru seminggu tanam dah kena serang penyakit. tapi alhamdulillah.. pokok cili api ni sekarang semakin membesar tapi pertumbuhan agak lambat la..

Ini pokok cili aku yang telah di serang penykit kerinting daun, buat masa ni aku tak jadi nak musnahkan. aku cuma buangkan daun yang rosak tu je dan nak tengok dulu macam mana perkembangannya selepas ini.

pokok cili ini sudah ada tanda diserang kerinting daun. aku akan pantau pokok ini untuk mengelakkan dari menjadi lebih teruk.

ini pokok cili aku yang sihat dan semakin membesar =)

Ini gambar pokok terung aku yang wow.. makin besar..




Ini adalah gambar 21 pokok cili kulai 568 yang baru di pindahkan ke dalam polibeg.


Friday, February 20, 2009

pokok aku telah di serang penyakit

Assalamualaikum...

setelah hampir sebulan aku menanam pokok cili yang di berikan semasa kursus tempoh hari, aku dapati pokok cili telah di serang penyakit. aku pun tak pasti puncanya dari mana. tapi aku telah cuba racun dah kawal serangga tapi tetap tidak berkesan dan keputusanya hari ini aku terpaksa korbankan satu pokok cili aku, sebab dah kena penyakit kerinting daun. dan aku tengok ada beberapa lagi yang akan mengikut jejak langkah penyakit yang sama.
ini aku sertakan gambar pokok cili dan terung yang aku tangkap dalam 2 minggu lepas. yang terbaru aku tak sempat lagi nak tangkap. kamera adik aku guna.

ini pokok cili aku masa mula-mula kena serang penyakit

pokok cili yang ini juga sama, pada peringkat awal.


ini adalah susunan untuk tanaman cili dan terung aku kat umah je.

ini pokok terung aku, hari ini pokok ini lebih tinggi dari yang dalam gambar ini.hehe.. tak sabar nak tunggu hasilnya nanti.tapi serangan penyakit tu aku jangka mungkin dari pokok terung ni. sebab banyak daun-daun die yang rosak. tapi pokok still ok je.. pokok cili plak yang ada masalah.itu nak kena buat kajian dulu tu. projek untuk 500 pokok pun dalam progress tengah isi sabut dan sekam dala polibeg gambar pun tak sempat ambik. aku pun terasa la.. yela baru isi untuk 500 pokok, dia punya payahnya.. fuhh..!! boleh tahan. aku pun terpikir.. macam man la orang yang buat projek sampai beribu pokok tu.. penat woo....
sekian sahaja tuk hari ini. esok saya akan uba ambik gambar dan update lagi.


Sunday, February 8, 2009

gambar pokok cili dan terung

Pokok cili dan terung setelah 2,3 minggu.

Ini salah satu pokok cili yang semakin membesar tapi tidak berapa tinggi kerana kurang mendapat cahaya matahari.



Ini merupakan susunan polibeg yang saya buat. Agak rapat, nak tunggu dah besar baru bagi space yang lebih besar.


Pokok cili yang di beri semasa kursus fertigasi tempoh hari. semakin membesar dengan sihat.

Ini merupakan pokok terung yang di beli di sabak agro. perkembangan pembesarnya sangat menakjubkan. Cepat membesar tak sabar nak tunggu hasilnya nanti.

Ini juga pokok terung saya. sihat. tapi ada 1,2 pokok telah di serang penyakit.

peralatan fertigasi

assalamualaikum...
lama dah tak update blog ni..
hari ini saya telah pergi ke sabak bernam ke kedai sabak agro untuk membeli peralatan fertigasi seperti sabut kelapa,sekam, tong air, baja, peralatan piping dan fitting, pam dan sebagainya untuk projek 500 pokok cili saya.
sekarang saya sedang menunggu kawasan tapak projek siap di bersihkan untuk memulakan projak tanaman cili saya. banyak juga perbelanjaan yang saya dan kawan-kawan saya telah keluarkan untuk projek tanaman kami ini. Anggaran kos yang telah kami keluarkan setakat ini adalah sebanyak RM 4 ribu lebih. satu jumlah yang pada mulanya kami tidak sangka akan memakan sehingga 4 ribu. tapi demi untuk meneruskan cita-cita kami, kami pun meneruskan juga projek ini dan berharap ia akan berjaya.
sekian.. teriam kasih.. nanti saya akan uploadkan gambar terbaru tanaman cili dan terung yang saya buat uji kaji di rumah saya.

Tuesday, January 27, 2009

kursus fertigasi

asalamualaikum...

salam sejahtera..

pada hari sabtu yang lepas bertarikh 24/01/2009 , saya dan seorang rakan kongsi saya telah menghadiri kursus fertigasi anjuran Agro Fast Foward Enterprise di presint 16.

setela menghadiri kursus tersebut saya kini lebih faham dan lebih yakin untuk memulakan projek penanaman pokok cili saya, dengan tunjuk ajar serta pengetahuan yang di berikan semasa kusus tersebut, ia amat bermakna buat saya.

Mereka juga ada memberikan 5 anak pokok cili yang kami tanam sendiri kedalam polybag untuk kami jaga, serta 1 liter baja AB. di sini saya sertakan gambar anak pokok cili itu setelah 4 hari di tanam ke dalam polybag.


1) Inilah anak pokok yang telah 4 hari di dalam polybag.


Ini adalah anak pokok cili yang saya tanam, setelah beberapa hari di jaga dan di beri baja, ia kelihatan semakin membesar dengan baik tanpa ganguan serangga atau penyakit.

Ini juga adalah beberapa anak pokok cili yang saya tanam.

salam perkenalan

assalamualaikum..

saya baru je belajar buat blog ni.. tak pernah pun terlintas nak buat. tiba2 dapat lak idea nak buat..

sekarang ni saya pun tengah nak mulakan projek tanam cili.. so.. saja2 saya nak masukkan perkembangn penanam cili saya dalam blog ni..

Sekarang ni di tapak projek saya sedang menjalani proses pembersihan. nak upah traktor untuk bersihkan orang tu tak berani nak masuk sebab tanah gambut. dia takut terbenam, so dia mencadangkn saya pakai "manpower". saya pun terima lah. sebelum itu, saya buat projek tanam cili ni kongsi 4 orang. buat di meru, sekarang takda gambar lagi, belum tangkap lagi.

sekian dahulu. nanti klau ada perkembangan saya akan update dalam blog saya ni.