Sunday, February 8, 2009

peralatan fertigasi

assalamualaikum...
lama dah tak update blog ni..
hari ini saya telah pergi ke sabak bernam ke kedai sabak agro untuk membeli peralatan fertigasi seperti sabut kelapa,sekam, tong air, baja, peralatan piping dan fitting, pam dan sebagainya untuk projek 500 pokok cili saya.
sekarang saya sedang menunggu kawasan tapak projek siap di bersihkan untuk memulakan projak tanaman cili saya. banyak juga perbelanjaan yang saya dan kawan-kawan saya telah keluarkan untuk projek tanaman kami ini. Anggaran kos yang telah kami keluarkan setakat ini adalah sebanyak RM 4 ribu lebih. satu jumlah yang pada mulanya kami tidak sangka akan memakan sehingga 4 ribu. tapi demi untuk meneruskan cita-cita kami, kami pun meneruskan juga projek ini dan berharap ia akan berjaya.
sekian.. teriam kasih.. nanti saya akan uploadkan gambar terbaru tanaman cili dan terung yang saya buat uji kaji di rumah saya.

No comments:

Post a Comment