setelah hampir sebulan aku menanam pokok cili yang di berikan semasa kursus tempoh hari, aku dapati pokok cili telah di serang penyakit. aku pun tak pasti puncanya dari mana. tapi aku telah cuba racun dah kawal serangga tapi tetap tidak berkesan dan keputusanya hari ini aku terpaksa korbankan satu pokok cili aku, sebab dah kena penyakit kerinting daun. dan aku tengok ada beberapa lagi yang akan mengikut jejak langkah penyakit yang sama.
ini aku sertakan gambar pokok cili dan terung yang aku tangkap dalam 2 minggu lepas. yang terbaru aku tak sempat lagi nak tangkap. kamera adik aku guna.
ini pokok cili aku masa mula-mula kena serang penyakit
pokok cili yang ini juga sama, pada peringkat awal.
ini adalah susunan untuk tanaman cili dan terung aku kat umah je.
ini pokok terung aku, hari ini pokok ini lebih tinggi dari yang dalam gambar ini.hehe.. tak sabar nak tunggu hasilnya nanti.tapi serangan penyakit tu aku jangka mungkin dari pokok terung ni. sebab banyak daun-daun die yang rosak. tapi pokok still ok je.. pokok cili plak yang ada masalah.itu nak kena buat kajian dulu tu. projek untuk 500 pokok pun dalam progress tengah isi sabut dan sekam dala polibeg gambar pun tak sempat ambik. aku pun terasa la.. yela baru isi untuk 500 pokok, dia punya payahnya.. fuhh..!! boleh tahan. aku pun terpikir.. macam man la orang yang buat projek sampai beribu pokok tu.. penat woo....
sekian sahaja tuk hari ini. esok saya akan uba ambik gambar dan update lagi.
No comments:
Post a Comment