Saturday, February 21, 2009

pokok ciliku setelah 28 hari

assalamualaikum...

selamat hari minggu.. hehehe...
sehingga ke hari ini pokok ciliku telah membesar dengan agak baik, walaupun ada yang telah di serang penyakit. saya sudah tak sabar nak tunggu pokok tu berbuah.. lagi pula saya baru menambah lagi 21 pokok cili yang di semai sendiri oleh kawan saya.

Ini adalah sebahagian pokok ciliku yang semakin membesar

Ini gambar pokok cili api yang ayah aku beli di sabak agro. mula-mula pokok ini maam takde harapan nak membesar, yela aku tengok baru seminggu tanam dah kena serang penyakit. tapi alhamdulillah.. pokok cili api ni sekarang semakin membesar tapi pertumbuhan agak lambat la..

Ini pokok cili aku yang telah di serang penykit kerinting daun, buat masa ni aku tak jadi nak musnahkan. aku cuma buangkan daun yang rosak tu je dan nak tengok dulu macam mana perkembangannya selepas ini.

pokok cili ini sudah ada tanda diserang kerinting daun. aku akan pantau pokok ini untuk mengelakkan dari menjadi lebih teruk.

ini pokok cili aku yang sihat dan semakin membesar =)

Ini gambar pokok terung aku yang wow.. makin besar..




Ini adalah gambar 21 pokok cili kulai 568 yang baru di pindahkan ke dalam polibeg.


No comments:

Post a Comment